Galeri Kuching
. June 4th, 2012 . No Comments » . Galeri, Kuching
Gambar-gambar sekitar Jelajah Janji Ditepati, Kuching
. June 4th, 2012 . No Comments » . Galeri, Kuching
Gambar-gambar sekitar Jelajah Janji Ditepati, Kuching
. May 31st, 2012 . 1 Comment » . Kuching

Khemah KR1M di Jelajah Janji Ditepati, Kuching
Bersempena dengan siri Jelajah Janji Ditepati, Kedai Rakyat 1 Malaysia telah dibuka di tapak karnival di mana pengunjung boleh membeli-belah dan menikmati harga terendah yang ditawarkan bagi barangan keperluan yang dijual di kedai ini.
Ramai pengunjung berpusu-pusu ke khemah Kedai Rakyat 1Malaysia yang menjual barangan seperti air mineral dengan harga lebih rendah daripada 50 sen sebotol dan pelbagai barangan keperluan yang biasanya diletakkan pada harga lebih tinggi.
Menjual barangan keperluan harian pada harga yang lebih murah, tanpa mengabaikan aspek kualiti telah menjadikan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) pilihan pengguna hari ini.
Mensasarkan golongan berpendapatan rendah yang tinggal di bandar, Kedai Rakyat 1 Malaysia telah banyak membantu meringankan beban rakyat khususnya bagi mereka yang telah berkeluarga.

Pengunjung di Kuching menyerbu KR1M
Kedai Rakyat 1 Malaysia yang dibina berkonsepkan pasaraya dengan ruang membeli-belah yang selesa dan barangan keperluan yang lengkap telah menarik ramai pengunjung dari hari ke hari.
Penubuhan kedai ini juga dilihat memberi peluang perniagaan kepada pengusaha kecil dan sederhana untuk memasarkan produk mereka. Dibuka seawal 7 pagi hingga 11 malam, Kedai Rakyat 1 Malaysia merupakan langkah bijak kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat. Untuk Jelajah Janji Ditepati, khemah Kedai Rakyat 1 Malaysia dibuka sepanjang karnival ini berlangsung.
Jadi, datanglah beramai-ramai pada siri Jelajah Janji Ditepati di Kulim, Kedah pada 8 Jun ini. Kedai Rakyat 1 Malaysia merupakan antara tempat tumpuan pengunjung membeli barang keperluan di siri jelajah sebelumnya. Kepada orang Kedah, jangan lepaskan peluang keemasan ini!
. May 29th, 2012 . No Comments » . Kuching
Antara khemah yang mendapat banyak sambutan sepanjang Jelajah Janji Ditepati adalah khemah-khemah Media Prima, yang sering menjadi tumpuan pengunjung.
Khemah-khemah Media Prima termasuk Bananana. Pengunjung dapat bermain Guitar Hero di khemah ini, selain menyertai aktiviti nyanyian, tarian dan pe4rmainan bersama para bintang.
Pengunjung cilik sering membanjiri khemah Bananana kerana banyak aktiviti untuk mereka di sini.

Dua orang kanak-kanak di khemah Bananana
Bananana adalah jenama pengisian rancangan untuk kanak-kanak di saluran bawah naungan Media Prima – ntv7, TV3, 8tv dan TV9.
Semasa pelancaran Bananana baru-baru ini, COO Media Prima Ahmad Izham Omar berkata, “Lebih penting lagi, Bananana berpotensi menjadi sumber animasi TV tempatan.”
Studio animasi Media Prima, Bananana Studios akan bekerjasama dengan syarikat dana permulaan MDec, Cradle Fund Sdn Bhd dan syarikat animasi Rhythm and Hues untuk menerbitkan pengisian animasi pendek dengan kerjasama syarikat-syarikat baru.
Siri animasi pendek ini akan disiarkan melalui Tonton, di bawah kempen digelar Next Big Thing.
Bercakap tentang Tonton, khemah Tonton juga tidak kurang hebatnya, semasa Jelajah Janji Ditepati. Ada pertandingan karaoke, pemberian hadiah dan pelbagai permainan yang hebat dan menyeronokkan.
Ramai juga yang mendaftar di khemah Tonton untuk mendapatkah beg hadiah percuma.
Bagi yang belum kenal, Tonton adalah platform video online Media Prima yang menawarkan pengisian video melalui Internet terbesar Malaysia. Anda boleh menonton hampir semua rancangan yang disiarkan di TV3, ntv7. 8tv dan TV9 di Tonton, dan jika tertinggal atau tidak sempat menikmati siri kegemaran anda, mahupun berita di waktu perdana, anda boleh pergi ke Tonton.com.my dan melihat arkib rancangan mereka.
Dua lagi khemah Media Prima yang mendapat sambutan adalah khemah Wanita Inspirasiku dan Euro 2012. Khemah Euro 2012, dengan jenama Real Football, Real Fans, sibuk sepanjang hari dengan pelbagai permainan untuk semua, termasuk kanak-kanak. Antaranya, permainan membaling gelung, baling bola dan macam-macam lagi.
Khemah Euro 2012 ini diadakan demi mempromosi 16 perlawanan bolasepak yang akan disiarkan oleh TV3 secara langsung, daripada sejumlah 32 perlawanan, dengan ntv7 menyiarkan tiga siaran tertunda.

Maskot Euro 2012 membuat penampilan di Khemah Euro 2012, Jelajah Janji Ditepati
Sementara itu, Khemah Wanita Inspirasiku mewakili penjenamaan baru program-program yang lebih berinformatif dalam mengetengahkan isu semasa, gaya hidup, fesyen, penjagaan anak-anak, kerjaya, kecantikan dan kesihatan khas buat penonton wanita.

Seorang pengunjung menyertai permainan di khemah Wanita Inspirasiku
Antara bintang yang menyerikan khemah Wanita Inspirasiku ialah Tasha Shilla, Datuk Eizlan Yusof, Danny X-Factor dan ramai lagi di Kuching tempoh hari.
Tidak dilupakan juga, khemah-khemah Media Prima termasuk khemah-khemah akhbar NSTP – Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times.
Khemah-khemah NSTP ini tidak kurang gamatnya dengan perlawanan sumo, permainan ‘jigsaw puzzle’, dan macam-macam lagi. Joget lambak pun ada!

Permainan Sumo di Khemah Harian Metro
Antara bintang yang turun ke khemah NSTP ialah Adam AF yang menarik ramai pengunjung hingga bersesak-sesak ke situ.

Adam AF menjadi tarikan di JJD Kuching
Dijangkakan, ramai lagi bintang yang akan turun ke khemah-khemah Media Prima pada masa akan datang, di lokasi berikutnya.
Justeru, datanglah beramai-ramai ke Jelajah Janji Ditepati dan penuhkan khemah-khemah Media Prima serta khemah-khemah yang lain!
Jelajah Janji Ditepati akan ke Kedah tidak lama lagi. Jangan lepaskan peluang menyertai pelbagai aktiviti menarik di khemah-khemah kami!
. May 7th, 2012 . No Comments » . Berita, Kuching
KUCHING: The Sarawak government will set up a loan agency to help low-income private sector workers to buy low-cost homes.
State Housing Minister Datuk Amar Abang Johari Tun Openg said the agency would be operating within a year and was modelled after the Borneo Mortgage Finance, a financial institution which provided loans to civil servants.
He said many workers faced problems in getting loans from commercial banks due to strict conditions.
“Banks are too rigid as they only focus on profits.
“With the agency, it will be easier for house buyers to get loans,” he said after launching the Housing Development Corporation’s (HDC) 40th anniversary carnival at the ministry’s Wisma Sultan Tengah building in Petra Jaya yesterday.
The agency will offer loans for housing projects including longhouses under HDC, Syarikat Perumahan Negara Berhad and Perumahan Rakyat 1Malaysia.
Meanwhile, he said the state would build a 1Malaysia township featuring affordable homes in Kuching.
The township, he added, would come complete with 1Malaysia icons like Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) and 1Malaysia clinics.
Johari said he would discuss with Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud on a suitable location for the project which had received support from Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.
On the PR1MA houses, Johari said there were now 500 applications for the first 111 units of the homes that would be built at Demak Jaya.
The PR1MA houses are for those earning between RM2,500 and RM7,500 and newly-weds.
The PR1MA houses were launched at the Jelajah Janji DiTepati programme here last week.
. April 30th, 2012 . No Comments » . Galeri, Kuching
Gambar-gambar di sekitar siri Jelajah Janji Ditepati, Kuching.
Lihat bagaimana orang-orang Kuching menyerbu khemah-khemah kami!
. April 30th, 2012 . No Comments » . Kuching

Keadaan di Wisma Bapa Malaysia pada hari pertama Jelajah Janji Ditepati
Pagi-pagi lagi pada 28 dan 29 April, Jelajah Janji Ditepati yang diadakan di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching dikerumuni lebih 20,000 pengunjung.
Siri Jelajah Janji Ditepati adalah satu deretan acara ‘turun padang’ yang dianjurkan oleh kumpulan Media Prima. Kali ini, JJD bertandang ke Kuching untuk menghiburkan para hadirin di sana.
Aktiviti senamrobik memulakan hari Sabtu yang meriah, membuka tirai Jelajah Janji Ditepati, sambil pelbagai khemah menarik minat ramai pengunjung. Paling mendapat sambutan, khemah-khemah Media Prima – kumpulan NSTP, Berita Harian, Harian Metro, TonTon, Bananana, dan juga khemah UEFA Euro 2012.

Dua pengunjung muda yang bersemangat 1Malaysia di khemah Media Prima
Antara aktiviti yang dijalankan di rangkaian khemah-khemah ini termasuk permainan video percuma, pertandingan karaoke, permainan melempar gelung, melempar bola, pertandingan sumo, aktiviti menyusun ‘jigsaw puzzle’, dan interaksi bersama artis seperti Datuk Eizlan Yusof, Fara Fauzana, Danny X-Factor, Adam, Tasha Shilla serta ramai lagi.
Dengan cogankata Real Football, Real Fans, khemah UEFA Euro 2012 mencetuskan demam Piala Eropah yang bakal berlangsung tidak lama lagi (tonton secara percuma di saluran Media Prima anda). Khemah ini penuh aktiviti menarik yang menceriakan ramai pengunjung cilik dan dewasa.
Tidak jauh dari khemah ini, ada pula telematch dan pertandingan bola keranjang 3-lawan-tiga serta perlawanan futsal. Bahagian telematch menawarkan hadiah hamper kepada pememang acara seperti boling kelapa.
Pelbagai hadiah diberikan kepada para pemenang aktiviti sukan mini ini seperti kemeja T, piala dan banyak lagi.
Lebih hampir kepada pentas ada pula gerai-gerai dan khemah-khemah seperti Kedai Runcit 1Malaysia (KR1M) dan Menu Rakyat 1Malaysia yang menjual barang runcit serta makanan dengan harga yang murah dan berpatutan.
Paling meriah di bahagian depan adalah khemah Telekom Malaysia. Khemah TM menganjur pelbagai jenis aktiviti dan permainan sehingga penuh sesak dengan pengunjung sepanjang dua hari Jelajah Janji Ditepati.
Ada juga khemah Polis Diraja Malaysia Sarawak, Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan lain-lain yang menawarkan program-program dan pameran menarik.
Kawasan pentas memang menjadi tumpuan, dengan persembahan artis seperti Jaclyn Victor, Adam, Adi Mentor, Ila Damiaa, Mafa dan Sharifah Zarina.

Jaclyn Victor bersalaman dengan peminat
Pentas juga digamatkan sepanjang dua hari dengan aksi lucu MyTV3 Roverz yang mengendalikan pelbagai jenis permainan dengan pengunjung. Ramai pengunjung yang menang cukup banyak hadiah dalam permainan seperti – pertandingan karaoke, ‘cabaran makeover’, kerusi muzikal, timbang bola, menari dan juga menjawab soalan ‘teka-teki istimewa’.

Peserta ‘makeover challenge
Istimewa juga pada malam Sabtu – tayangan filem perdana Hikayat Merong Mahawangsa.
Rata-rata, Jelajah Janji Ditepati Kuching mendapat sambutan yang menggalakkan. Jumpa lagi di lokasi seterusnya!

Persembahan kebudayaan Jelajah Janji Ditepati Kuching
. April 30th, 2012 . No Comments » . Berita, Kuching
PETRA JAYA: Hampir 5,000 pengunjung, kebanyakannya golongan muda tidak melepaskan peluang mengunjungi gerai Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang disediakan di tapak program Jelajah Janji Ditepati (JJD) peringkat Sarawak di perkarangan Wisma Bapa Malaysia, dekat sini, semalam.
Penyelaras gerai terbabit, Zainab Retee, berkata pihaknya turut menjalankan kajian membabitkan 3,000 responden mengenai projek perumahan itu dengan hasilnya akan diguna bagi menentukan jumlah PR1MA yang dibina di Sarawak.
Beliau berkata, konsep PR1MA yang mendahulukan golongan muda berpendapatan sederhana, mendapat sambutan apabila hampir 5,000 pengunjung bertandang ke gerai terbabit bagi mendapatkan maklumat lanjut selepas kagum melihat kejayaan PR1MA pertama di Putrajaya.
“Borang kaji selidik akan dianalisis bagi mendapatkan maklumat penting seperti jumlah pendapatan dan status perkahwinan. Semua data akan dikumpul, dianalisis sebelum projek PR1MA dilaksanakan, namun bila, belum ditentukan,” katanya ketika ditemui di tapak JJD, semalam.
Zainab berkata, terdapat tiga kelas di bawah PR1MA iaitu Bujang Senang, Keluarga Bertatih dan Keluarga Pertengahan Permulaan bagi memenuhi ciri golongan berpendapatan sederhana.
“Kelas Bujang Senang dikhususkan kepada lelaki atau wanita belum berkahwin, Keluarga Bertatih pula bagi pasangan baru berkahwin manakala Keluarga Pertengahan Permulaan untuk pasangan yang mempunyai dua hingga tiga anak,” katanya.
Beliau berkata, PR1MA adalah manifestasi hasrat kerajaan dalam menyediakan kediaman mampu milik kepada semua golongan berpendapatan sederhana kerana terdapat rungutan harga rumah terlalu mahal.
“Bagi rumah kos rendah, kebanyakan golongan berpendapatan sederhana tidak layak membeli. Kalau harganya terlalu tinggi, mereka tidak mampu membayar ansuran bulanan. Jadi PR1MA adalah jalan terbaik untuk mereka memiliki aset pada usia muda,” katanya.
. April 24th, 2012 . No Comments » . Kuching
Mari berhimpun di Wisma Bapa Malaysia, Petrajaya, Kuching, Sarawak hujung minggu ini!
Warga Kuching bakal bertemu mata dengan tenaga kerja Media Prima dan artis popular.
Kali ini siri Jelajah Janji Ditepati akan bertandang ke Wisma Bapa Malaysia, Petrajaya, Kuching, Sarawak. Program yang berlangsung selama dua hari ini akan menemui orang Sarawak pada 28 dan 29 April 2012.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik telah disusun sepanjang program berlangsung, antaranya kuiz dan permainan yang di kendalikan oleh MyTV3 Rovers, Hot FM dan One FM. Ini bermakna, banyak hadiah menarik boleh dimenangi!
Apa yang menarik pada siri jelajah kali ini adalah penampilan khas Sarawak Cultural Performance dan pertandingan karaoke di samping persembahan daripada artis popular tanahair iaitu Adi Mentor, Mafa, Sharifah Zarina, Suki dan Jaclyn Victor.
Selain itu, terdapat pelbagai gerai menarik disediakan untuk para pengunjung. Bukan hanya kunjungan biasa, program ini menyasarkan penglibatan pengunjung dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Aktiviti bermula pagi Sabtu, jam 8, dengan pelbagai permainan dan hiburan. Kemeriahan bersambung pada hari Ahad, bermula 10pagi dan acara yang ditunggu-tunggu pada hari ini ialah mini konsert yang akan bermula pada jam 4.00 petang.
Jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program berlangsung, bawalah keluarga anda bersama-sama menghangatkan siri jelajah ini.
Jumpa anda di sana!