Archive for Kulim

Lebih kejayaan

. June 11th, 2012 . No Comments » . Berita, Kulim

NAJIB disambut meriah pengunjung program Jelajah Janji Ditepati di Kulim, semalam.

KULIM: Selepas menunaikan semua janji dalam Belanjawan 2012, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan lebih banyak perubahan akan dilaksanakan di negara ini untuk manfaat rakyat.

Menurut Perdana Menteri, walaupun tempoh pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinannya hanya berusia tiga tahun, pelbagai program dalam transformasi kerajaan berjaya dilaksanakan.

“Ia hanya perubahan awal dalam transformasi negara dan lebih banyak perubahan akan dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). BN yakin dapat membuat lebih banyak perubahan dan untuk itu kita memerlukan mandat yang lebih besar.

“Kerajaan mahukan mandat penuh, bukan sipi-sipi. Kita nak kemenangan besar untuk jamin kejayaan yang lebih baik untuk negara yang tercinta ini,” katanya ketika merasmikan program Jelajah Janji Ditepati (JJD) di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), di sini, semalam.

NAJIB dan Rosmah minum petang bersama penduduk sempena Program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi Kulim, semalam.

Hadir sama Datin Seri Rosmah Mansor; Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan beberapa Menteri Kabinet. Program sehari yang dihadiri kira-kira 30,000 pengunjung itu menyediakan ruang pameran disertai 25 agensi kerajaan dan tiga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi meningkatkan kefahaman rakyat mengenai dasar kerajaan, terutama program transformasi pentadbiran, ekonomi, politik dan sosial.

JJD di Kedah adalah yang ketiga selepas Johor serta Sarawak dan akan diadakan di negeri lain selepas ini.

Mengenai cadangan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pusingan kedua, Najib berkata beliau sedang mempertimbangkan cadangan itu kerana BN sentiasa memikirkan kaedah mengurangkan beban hidup rakyat.

Katanya, selain BR1M, pelbagai bantuan lain seperti bantuan RM100 untuk murid sekolah dan baucar buku untuk penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) berjaya meringankan beban rakyat.

Najib juga berkata, kerajaan BN adalah kerajaan yang boleh menjamin kepentingan rakyat seperti keamanan, kestabilan dan keharmonian.

Justeru, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak mencontohi perhimpunan BERSIH 3.0 yang bertukar ganas pada April lalu dan tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang kononnya ulama terkenal, Yusof al-Qardawi mengeluarkan fatwa rakyat Malaysia wajib menumbangkan kerajaan.

“Saya hairan, ada pemimpin pembangkang kata fatwa Yusof al-Qardawi boleh dipakai… halal menggulingkan kerajaan zalim. Sebenarnya, fatwa itu dibataskan hanya kepada Mesir dan Libya tetapi tidak bagi Arab Saudi, Qatar, Malaysia dan negara lain,” katanya.

Beliau juga berkata, ikatan yang kuat antara kerajaan dan rakyat bukan atas perasaan membuta tuli atau sikap taksub kepada pemimpin, sebaliknya berdasarkan kemampuan kerajaan untuk menunaikan janji kepada rakyat.

Berita Harian Online

Galeri Kulim

. June 11th, 2012 . No Comments » . Galeri, Kulim

Sila klik tajuk untuk melihat sebahagian gambar-gambar sekitar Jelajah Janji Ditepati Kulim, Kedah pada 8 Jun lalu.

KR1M Terus Mendapat Sambutan di JJD Kulim

. June 11th, 2012 . No Comments » . Berita, Kulim

KULIM: Pelbagai produk dijual pada harga rendah di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) sempena Jelajah Janji Ditepati (JJD), di sini, laris bagai pisang goreng panas, semalam.

ORANG ramai menyerbu gerai KR1M yang menawarkan pelbagai produk berkualiti pada harga rendah.

Pelanggan, Zarina Jamil, 39, berkata beliau teruja apabila mendapati keseluruhan barangan makanan dan minuman itu bukan setakat dijual pada harga rendah, malah berkualiti tinggi berikutan dibawa terus dari kilang.

Ibu tiga anak itu berkata, peluang mengunjungi KR1M itu dimanfaatkannya untuk mendapatkan beberapa bahan minuman yang jauh lebih murah berbanding harga di kedai runcit atau pasar raya.

“Ada sejenis minuman, saya terpaksa berbelanja lebih tinggi kalau saya beli di kedai lain, tetapi di KR1M, saya beli pada harga lebih rendah.

“Begitu juga dengan beberapa biskut dan susu. Di sini (KR1M) lebih murah. Saya berharap kerajaan dapat menyediakan KR1M di pekan Padang Serai kerana setakat ini, belum ada kedai seumpama itu di pekan itu,” katanya.

Beliau yang tinggal di Taman Mahsuri, Padang Serai, dekat sini berkata, beliau yakin KR1M mampu meringankan beban perbelanjaan harian keluarganya yang bergantung kepada pendapatan suaminya yang sekadar bertugas sebagai pemandu lori.

Tarmizi Ismail, 36, pula berkata KR1M menyediakan peluang untuknya mengurus kewangan keluarga secara lebih cekap berikutan mampu membeli lebih banyak barangan pada harga lebih rendah.

“Gaji saya sebagai kakitangan Majlis Perbandaran Kulim tidak membolehkan saya berbelanja mewah. Bagaimanapun, dengan adanya KR1M, saya boleh mendapatkan lebih banyak barangan harian, terutama bahan makanan.

“Saya harap kerajaan dapat menyediakan KR1M di kawasan berhampiran tempat tinggal saya di Taman Putra, kira-kira 10 kilometer dari sini,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan RM200,000 untuk membina sebuah bangunan baru Kelas Fardu Ain (KAFA) di Masjid Al-Taufiq di Kampung Air Merah di sini.

Pada majlis sama, lebih 3,000 borang kaji selidik Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) diedarkan semalam. Ia bertujuan mendapatkan maklum balas rakyat yang tinggal di negeri ini dan Pulau Pinang mengenai keperluan rumah mampu milik.

Tinjauan Berita Harian mendapati orang ramai mengunjungi khemah pameran PR1MA bagi mengisi borang berkenaan sebagai maklum balas terhadap inisiatif kerajaan mewujudkan rumah mampu milik di wilayah utara.

Menerusi borang berkenaan, mereka memberi maklumat mengenai pendapatan bulanan, status perkahwinan dan jumlah anggota keluarga yang tinggal bersama.

Selain itu, mereka boleh memilih lokasi paling sesuai di negeri ini dan Pulau Pinang untuk dibina rumah jenis itu.

Berita Harian Online

Carnival shows govt initiatives

. June 11th, 2012 . No Comments » . Berita, Kulim

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak trying his hand at cupcake decorating at SM Vokasional Sungai Petani 2 booth yesterday

KULIM: IT was a memorable day for many who thronged the huge open field at Kulim High-Tech Park yesterday for the “Jelajah Janji Ditepati” programme with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

Jagdev Singh will remember yesterday forever as he was given the honour to join the prime minister and his wife, Datin Seri Rosmah Mansor, for tea.

“I was truly honoured,” said Jagdev, who is president of the Kulim-Bandar Baharu Association of Non-Governmental Organisations.

He said Najib asked about his work and commended him for his volunteer efforts.

“The prime minister was happy to see a large turnout and I informed him that the people were ready for a change in Kedah.

“I also informed the prime minister that from my dealings with the public, many felt Datuk (Seri) Najib was honest and committed to fulfiling his transformation programmes.”

For Kong Boon Biao, the carnival proved to be an eye-opener on the initiatives introduced by the government.

“I am now aware of the many initiatives that the government has introduced to help the people.

“To see so many people show up at the carnival is proof that they have benefited and are grateful for the initiatives,” said the 18-year-old, who had taken part in a street basketball competition.

Local residents and National Service trainees from Bukit Besar Camp taking part in light aerobic excercise

The site of the carnival was of great significance considering the high-technology park, mooted by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad, was the country’s first when it was opened in 1996.

As in the past two carnivals, the event served as a platform for the people to obtain information on government initiatives, including Kedai Rakyat 1Malaysia, 1Malaysia People’s Housing Scheme and Klinik 1Malaysia.

Some 90 booths, taken up by various government agencies and the private sector, were set up at the carnival.

Earlier, Najib received a rousing welcome from those who had arrived at the carnival as early as 10am when it opened.

There were cheers and shouts of “I love PM” and “Hidup BN” as well as “Ah Jib Gor” as he and Rosmah made their way into the main hall.

Najib, when launching the carnival, thanked those present for “assuring me of your renewed and stronger support”.

NST Online

More initiatives to meet people’s needs

. June 11th, 2012 . No Comments » . Berita, Kulim

KULIM: MORE and bigger things are in store for the people, including a second round of BR1M (1Malaysia People’s Aid), with their continued support for the government.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak mingling with Kedah Barisan Nasional party members after a dinner in Kulim last night

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said these initiatives were aimed at reducing the burden of the people.

Najib said as a responsible government and one which honoured its promises, it would continue to meet the people’s needs.

“The people can attest to all our efforts to help them and lessen their burden. We have carried out many initiatives, including BR1M. I am seriously thinking about another round of BR1M,” he said to a crowd of more than 30,000 people at the Jelajah Janji Ditepati (JJDJ) carnival at Kulim High Tech Park, near here, yesterday.

The Kedah leg of the nationwide JJDJ was the third in the series of the government outreach programme nationwide. The previous JJDJ was held in Batu Pahat, Johor and Kuching, Sarawak. The programme will be held in other states in the coming weeks.

The enthusiastic crowd, comprising people from all walks of life, responded with thunderous applause to Najib’s suggestion of disbursing RM500 each to families with a household income of below RM3,000.

The crowd continued to respond with a resounding “Yes” each time the prime minister asked if they were happy with the various initiatives, including the 1Malaysia Clinic, RM100 aid for schoolchildren, Menu Rakyat and Kedai Rakyat 1Malaysia.

Present were Najib’s wife Datin Seri Rosmah Mansor, cabinet ministers and Barisan Nasional leaders.

The crowd almost brought the house down when they responded with loud bursts of “No” to Najib’s questions of whether the opposition was capable of honouring its promises, if it was peace-loving and whether it could ensure continued stability and development for the nation.

Najib said the opposition had also lied to the people about a fatwa issued by Egyptian religious scholar Yusuf al-Qardawi that it was “halal” to dethrone a cruel government.

“The fact is that the scholar had only issued the decree for Egypt and Libya and not other Arab countries like Bahrain, Qatar, Saudi Arabia or even Malaysia.

“And who says we are cruel to the people? All of you here are safe and the majority of the people know we have never been cruel or neglected our responsibilities,” he said to another round of thunderous applause. He attributed the continued peace and harmony enjoyed by the nation to the people.

“However, the opposition is bent on creating chaos by lying and deceiving the people,” he said, citing the Bersih 3.0 rally as a desperate attempt to overthrow the government.

Najib also said that the government had fulfilled all promises made in the 2012 Budget to prove that the BN always kept its word, and that the coalition was confident it could do more for the nation and because of this, it needed a bigger mandate in the coming general election.

“The government wants a full mandate, not a marginal victory. We want a big victory to guarantee success for our nation.”

Najib said the three years he had been prime minister were only the beginning of a bigger transformation to be undertaken by the BN for the people and country.

He said all the plans and wishes could be achieved if the people helped BN regain Kedah in the next general election.

NST Online

50,000 orang sambut PM di Kulim sempena program JJD

. June 8th, 2012 . No Comments » . Berita, Kulim

KULIM: Padang Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), di sini dibanjiri kira-kira 50,000 hadirin dari seluruh daerah negeri ini dan Pulau Pinang bagi meraikan program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Kedah anjuran Media Prima Bhd (Media Prima).

Selain menyaksikan pelbagai bahan pameran, mereka yang hadir seawal jam 8 pagi turut berpeluang mendengar amanat disampaikan Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan program berkenaan pada jam 4 petang.
Meskipun terpaksa bergelut dengan keadaan padang agak becak, mereka tidak mahu melepaskan peluang menimba pelbagai ilmu disediakan di ruang pameran pelbagai jabatan kerajaan, syarikat swasta dan Media Prima sendiri.

Walaupun terpaksa berjalan kira-kira satu kilometer dari tempat meletak kenderaan, pengunjung tidak menjadikannya halangan semata-mata untuk merebut peluang menemui Perdana Menteri, selain mendengar sendiri penjelasan beliau mengenai pelbagai program transformasi kerajaan.

Sebanyak 25 kementerian dan tiga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengambil bahagian dalam program sehari berkenaan, iaitu yang ketiga diadakan selepas di Batu Pahat dan Kuching sebelum ini.

Acara kemuncak program itu adalah minum petang Perdana Menteri bersama rakyat.

Berita Harian Online

350 belia konvoi meriahkan JJD

. June 8th, 2012 . No Comments » . Berita, Kulim

KULIM: Seramai 350 belia akan berkonvoi menaiki 20 kereta dan lebih 170 motosikal bagi memeriahkan program Jelajah Janji Ditepati (JJD) yang akan diadakan di Taman Teknologi Tinggi Kulim, hari ini.

Belia terbabit mewakili 12 badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan belia bergabung di bawah Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) akan berkonvoi sejauh 15 kilometer (km) dari bandar Kulim ke tapak lokasi program JJD.

Pengerusi Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) Parlimen Padang Serai, Rustam Md Sabir, berkata konvoi itu bermula dari Petronas Sungai Seluang di sini, seawal jam 8.30 pagi.

“Sebaik tiba di tapak program, peserta konvoi akan mengikuti senamrobik.

“Selain memupuk semangat perpaduan, kami juga mahu bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) menganggarkan lebih 2,000 belia dari negeri ini dan Pulau Pinang akan menyertai program JJD untuk bertemu Perdana Menteri.

50,000 dijangka kunjungi program JJD

. June 7th, 2012 . No Comments » . Berita, Kulim

KULIM: Datuk Seri Najib Razak dijadualkan menghadiri program bersama rakyat menerusi Jelajah Janji Ditepati (JJD) di Taman Teknologi Tinggi Kulim, di sini, Jumaat ini yang bakal dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 50,000 pengunjung.

Perdana Menteri terlebih dulu akan bersembahyang Jumaat di Masjid Kulim sebelum menghadiri Program JJD yang menampilkan pelbagai acara menarik untuk kanak-kanak dan dewasa selain orang ramai berpeluang mengenali pelbagai produk di bawah jenama 1Malaysia.

Pengarah projek JJD, Azhar Borhan berkata, program berkenaan dijayakan Jabatan Perdana Menteri (JPM) membabitkan pelbagai agensi serta jabatan kerajaan lain.

“Perdana Menteri dijangka hadir pada jam 3.45 petang. Selain berpeluang menemui pemimpin nombor satu negara, orang ramai juga boleh mengambil bahagian dalam pelbagai acara termasuk demonstrasi pembuatan produk coklat, sistem amaran awal tsunami dan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

“Malah, perkhidmatan kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi lain juga diadakan dengan orang ramai boleh menyertai klinik kerjaya. Jika orang ramai membawa barangan kitar semula, mereka juga boleh menukarkannya untuk wang tunai.

“Program JJD bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir pada 10 malam dengan kita membuat promosi bukan saja di sekitar bandar berkenaan malah mengajak seluruh rakyat Pulau Pinang, Baling, Alor Setar dan kawasan sekitarnya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Difahamkan, sebanyak 82 khemah didirikan termasuk sebuah khemah besar yang mampu menampung kehadiran kira-kira 20,000 orang pada satu-satu masa bagi memastikan orang ramai yang hadir dalam program itu selesa.

Azhar berkata, Media Prima Bhd melalui rangkaian televisyen dan radio serta kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad, (NSTP) akan bertemu orang ramai dengan mempamerkan produk masing-masing dan diserikan dengan penampilan personaliti Media Prima.

“Persembahan artis seperti Alyah, Fiq, Logeswaran dan Rahmat Mega dan juga forum keselamatan diri oleh penganalis jenayah, Kamal Affendi juga diadakan untuk menarik orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Azhar berkata, JJD juga adalah acara penting yang mana agensi dan jabatan kerajaan akan memberi penerangan mengenai sumbangan kerajaan kepada rakyat dan negara selama ini.

Sumber: Berita Harian

Tak sabar tunggu PM

. June 6th, 2012 . No Comments » . Berita, Kulim

KULIM: Orang ramai terutama penduduk sekitar Kulim/Bandar Baharu mengalu-alukan kehadiran pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib Razak bagi program Jelajah Janji Ditepati (JJD) di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), di sini, Jumaat ini.

Aktiviti jelajah berkenaan dianjurkan Media Prima Berhad (MPB) dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam usaha mendampingi masyarakat.

Peniaga, Tan Khim Pheng, 45, dari Taman Kenari, di sini berkata, dia gembira Perdana Menteri bakal berkunjung ke pekan berkenaan dan tidak sabar untuk menghadiri program JJD yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik.

Katanya, pada masa sama, dia tidak akan melepaskan peluang terbaik untuk menghadiri program yang diadakan buat pertama kali di kawasan itu kerana bercadang menemui pemimpin berkenaan.

“Saya amat mengagumi personaliti Najib kerana berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum melalui konsep Gagasan 1Malaysia dan masyarakat hidup dalam suasana harmoni serta saling menghormati.

“Peluang ini juga tidak akan saya lepaskan dengan menghadiri program ini bagi bersemuka dan bersalaman dengan Perdana Menteri pada hari itu,” katanya yang dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1433 Daerah Kulim untuk bukan Islam.

Abdul Samat Lebai Salleh, 57, dari Taman Kenari, di sini berkata, dia dan isteri, Nuru Aini Jan, 42, gembira apabila menerima makluman pemimpin berkenaan dijangka menghadiri program itu.

Menurutnya, sebelum ini, mereka hanya mampu melihat pemimpin nombor satu negara itu di kaca televisyen saja dan tidak pernah melihat secara dekat.

“Peluang ketika program JJD di Kulim nanti tidak akan dilepaskan untuk menemui pemimpin yang banyak berjasa kepada negara dalam meningkatkan kehidupan rakyat.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana sudi datang ke kawasan ini buat pertama kalinya,” katanya.

Sementara itu, Hassan Abdul Aziz, 56, dari Taman Seri Kulim, di sini berkata, kehadiran Perdana Menteri menunjukkan sikap prihatinnya seperti slogan yang sering dilaungkannya iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Katanya, penduduk sekitar Kulim diharap datang beramai-ramai bagi menyambut kehadiran Perdana Menteri.

“Banyak maklumat yang ada sepanjang program berkenaan kelak, selain dapat menemui pemimpin utama serta memperoleh maklumat mengenai program transformasi kerajaan dalam membangunkan negara.

“Saya tidak akan melepaskan peluang ini untuk beramah mesra dengan Perdana Menteri ketika beliau berkunjung ke Kulim nanti.

“Saya difahamkan beliau akan bersolat Jumaat di Masjid Kampung Air Merah dan mahu berjabat tangan dengannya,” katanya.

myMetro Online

Jom ke Kulim

. June 5th, 2012 . 3 Comments » . Kulim

Siri Jelajah Janji Ditepati kembali lagi!

Meriahkan Jelajah Janji Ditepati bersama Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak di Kulim Hi Tech Park, Kedah pada Jumaat ini, 8 Jun 2012, 9am – 10pm.

Sama seperti di lokasi sebelumnya, JJD menyediakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang karnival berlangsung.

Pengunjung berpeluang beramah mesra bersama personaliti Media Prima yang sempat meluangkan masa di Kulim nanti. Seperti dua lokasi siri Jelajah Janji Ditepati sebelum ini, kami menjangkakan pengunjung juga akan menyerbu khemah Media Prima yang sarat dengan aktiviti menarik untuk seisi keluarga.

Di Sarawak contohnya, khemah Berita Harian telah dibanjiri lebih 5 000 pengunjung terutamanya di bahagian pendidikan. Pertandingan mewarna, mencipta logo dan pelbagai lagi telah menjadi sebab utama pengunjung mengerumini khemah Berita Harian.

Selain aktiviti-aktiviti di khemah Media Prima, aksi sukan dan persembahan artis, pihak kementerian juga menyediakan beberapa khemah dengan pelbagai aktiviti menarik. Antaranya demonstrasi membakar kek di khemah Kementerian Pelajaran, demonstrasi produk pembuatan coklat, product kraftangan buatan kelapa sawit dan gubahan bunga di khemah KPPK dan banyak lagi.

Jadi jangan lupa temujanji bersama kami dan rasai sendiri kemeriahan JJD di Kulim, Kedah!