Archive for Batu Pahat

Video JJD Batu Pahat: Pelancaran dan Khemah

. April 13th, 2012 . No Comments » . Batu Pahat, Video

Buat julung kalinya kerajaan memeperkenalkan siri Jelajah Janji Ditepati yang memulakan siri pertamanya di Batu Pahat, Johor.

Saksikan persiapan dan pelancaran yang sempat kami rakam di Batu Pahat.

Playa3

Video JJD Batu Pahat: Sebalik Tabir

. April 13th, 2012 . No Comments » . Batu Pahat, Video

Disebalik tabir apa yang berlaku di siri Jelajah Janji Ditepati di Batu Pahat, Johor

Video JJD Batu Pahat: Crossover

. April 12th, 2012 . No Comments » . Batu Pahat, Video

Rakaman sepanjang berlangsungnya siri Jelajah Janji Ditepati di Batu Pahat.

Video Jelajah Janji Ditepati Batu Pahat

. April 12th, 2012 . No Comments » . Batu Pahat, Video

Rakaman kemeriahan sepanjang berlangsungnya siri Jelajah Janji Ditepati, di Batu Pahat

Aktiviti Menarik Sepanjang Jelajah Janji Ditepati Batu Pahat

. April 10th, 2012 . No Comments » . Batu Pahat

Lebih 70, 000 orang menghadiri Jelajah Janji Ditepati di Batu Pahat anjuran Media Prima, Jabatan Perdana Menteri dan lain-lain badan kerajaan tempoh hari.

Photobucket

Seawal pagi lagi, diadakan acara senamrobik dan pengunjung juga menyertai kuiz bersama MyTV3Rovers, Dj HotFM dan One FM yang diselang-selikan dengan persembahan artis seperti Farahwahida, Nubhan dan ramai lagi.

Pada sebelah petangnya pula bermula pada jam 4 petang, terdapat mini konsert daripada barisan protégé Mentor 6. Mereka yang dapat meluangkan masa adalah Zatul, Tisha, KJ, Ana, Caroline dan Anas.

Photobucket

Ada pelbagai aktiviti-aktiviti menarik di acara ini yang sesuai untuk seisi keluarga seperti permainan The Elevator. The Elevator adalah sebuah mini bungee jumping di mana pemain melantun ke udara dengan melompat-lompat di atas trampolin.

Khemah-khemah yang terdapat di situ juga ada aktiviti dan persembahan tersendiri. Contohnya, di khemah Telekom Malaysia, kanak-kanak dihiburkan dengan gelagat kelakar seorang badut. Permainan sepakan penalti mini juga terdapat di situ di mana kanak-kanak dapat cuba menjaringkan gol!

Di Jelajah Janji Ditepati, makanan dan minuman dijual di gerai 1Malaysia. Harga-harga makanan dan minuman ini lebih murah daripada yang boleh didapati di luar.

Sebuah khemah kedai 1Malaysia juga didirikan di acara ini. Kedai 1Malaysia menjual makanan, minuman dan lain-lain barang runcit tempatan. Barang-barang ini juga dijual dengan harga yang sangat murah.

Terdapat juga aktiviti-aktiviti sukan seperti perlawanan futsal yang diadakan di tengah-tengah padang Stadium Batu Pahat. Hadiah hamper diberi kepada pemenang perlawanan futsal ini.

Photobucket
Selain futsal, ada juga sukan lain seperti tarik tali yang juga diadakan di tengah padang stadium. Perlawanan tarik tali ini paling meriah apabila kedua-dua belah pasukan menerima sorakan semangat oleh pengunjung!

Banyak lagi aktiviti yang ada di Jelajah Janji Ditepati Batu Pahat yang pasti menghiburkan seluruh keluarga, termasuk persembahan artis-artis popular. Apakah aktiviti yang akan ada di lokasi akan datang? Jemputlah ke festival kami kalau nak tahu!

TERIMA KASIH, BATU PAHAT!

. April 9th, 2012 . 5 Comments » . Batu Pahat

Terima kasih kepada semua yang menghadiri dan meriahkan Jelajah Janji Ditepati di Batu Pahat pada 7 April 2012 lalu!

Laporan lebih lanjut tentang Jelajah Janji Ditepati Batu Pahat akan menyusur di laman web ini tak lama lagi. Nantikan!

10,000 pengunjung singgah gerai Harian Metro

. April 8th, 2012 . No Comments » . Batu Pahat, Berita

BATU PAHAT: Gerai Harian Metro pada program Jelajah Janji Ditepati (JJD) di Stadium Batu Pahat, di sini, semalam dikunjungi lebih 10,000 pengunjung yang tidak ketinggalan menyertai pelbagai aktiviti dianjurkan seperti kuiz, pertandingan mengeja, cabaran sepakan penalti, golf mini, lompatan bungee serta pameran fotografi.

Gerai dibuka seawal jam 8 pagi itu bukan saja dikunjungi masyarakat tempatan, malah pengunjung dari Melaka dan Negeri Sembilan.

Selain aktiviti berkenaan, pengunjung berpeluang mendapatkan kemeja T eksklusif Harian Metro serta akhbar Harian Metro yang dijual.

Pengurus Besar Pemasaran The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Putri Shireen Syed Othman berkata, pengunjung di gerai Harian Metro juga berpeluang menyertai aktiviti menarik dengan setiap pembelian akhbar Harian Metro, termasuk bertemu selebriti program realiti Mentor, Keena.

Menurut Shireen, sambutan pengunjung memberangsangkan, sekali gus memeriahkan program JJD yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kami berbesar hati dan tidak menduga sambutan meriah diberikan pengunjung,” katanya.

Dalam tempoh sejam gerai dibuka, pelbagai produk dijual habis dan kami terpaksa menambah stok bagi memenuhi permintaan pengunjung.

“Sempena JJD juga, NSTP menjual buku berjudul ‘Ethic’ dan ia habis sebelum tengah hari,” katanya.

Pada masa sama, kertas soalan ramalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) turut dijual pada harga berpatutan.

Shireen berkata, pengunjung turut mendaftarkan anak untuk mengikuti klinik pendidikan UPSR dan PMR.

Sementara itu, pengunjung, Mileyana Aslam, 39, berkata, dia menggunakan cuti hujung minggu untuk mengunjungi gerai Harian Metro bersama suami dan anak.

“Kuiz di gerai Harian Metro mencabar minda, namun berbaloi kerana ganjaran ditawarkan lumayan,” katanya.

myMetro Online

KR1M diserbu

. April 8th, 2012 . No Comments » . Batu Pahat, Berita

BATU PAHAT: Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) antara gerai yang mendapat sambutan hangat pengunjung sempena program Jelajah Janji Ditepati (JJD) anjuran Media Prima Berhad (MPB) yang berlangsung di perkarangan Stadium Batu Pahat, di sini, semalam.

Tinjauan Harian Metro mendapati, ratusan pengunjung tidak melepaskan peluang membeli lebih 100 produk barangan keperluan harian yang disediakan pada program sehari itu.

Malah, seawal jam 8 pagi lagi, orang ramai membanjiri booth KR1M untuk mendapatkan barangan keperluan harian walaupun ia hanya dibuka jam 9.30 pagi.

Penjawat Awam, Abd Latif Raja Abd Aziz, 55, yang berkunjung bersama isteri dan empat anak turut tidak melepaskan peluang membeli barangan keperluan harian pada harga murah.

“Saya berpendapat, KR1M perlu diwujudkan di daerah ini bagi memberi peluang kepada penduduk membeli barangan keperluan harian pada harga murah.

“Saya juga dapati barangan dijual di KR1M berkualiti, pada masa sama ia juga buatan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Jabatan Pemasaran dan Komunikasi KR1M, Sabariah Mohd berkata, pihaknya gembira dengan sambutan menggalakkan daripada pengunjung.

“Booth ini diwujudkan sempena program ini dan ia mendapat sambutan luar dugaan. Kami tidak menolak kemungkinan mengusulkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mewujudkan KR1M di daerah ini.

“Antara produk KR1M yang mendapat sambutan dan pemintaan tinggi ialah kordial buah-buahan, sardin, jem, beras, bahan pencuci dan gula,” katanya.

myMetro Online

Jelajah Janji Ditepati di Batu Pahat!

. April 6th, 2012 . Comments Off . Batu Pahat

Peluang kepada orang Batu Pahat untuk berhibur, bersantai dan berjumpa artis!

Ini adalah bersempena dengan siri Jelajah Janji Ditepati di Stadium Batu Pahat, Johor pada hari Sabtu ini. Program ini adalah anjuran Media Prima dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri dan badan-badan kerajaan lainnya.

Dijadualkan bermula seawal 8 pagi dan berakhir pada jam 6 petang hari yang sama, program ini akan menghimpunkan seluruh keluarga Media Prima termasuk rangkaian akhbar Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP).

Seawal pagi akan diadakan acara senamrobik dan pengunjung juga boleh menyertai kuiz bersama MyTV3Rovers, Dj HotFM dan One FM yang diselang-selikan dengan persembahan artis seperti Farahwahida, Nubhan, Alif Aziz dan Logeswaran.

Kira-kira jam 10 pagi, akan diadakan pelancaran buku rakyat di dahulukan, janji ditepati.

(more…)